Alhamdulillah
Pejam celik- pejam celik cuti akhir tahun hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Dalam kesibukan bercuti dan melayani nikmat menjadi seorang guru di penghujung tahun, rupa-rupanya catatan perjalanan kelas khas sudah lama bertangguh. Cepat sungguh masa berlalu. Andai dapat kuputarkan masa... Insya-Allah lembaran baru 2010 bakal mencipta sejarah kegemilangan bagi blog PKBP SMK Jabi. Tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada anak-anak istimewa yang meraih kecemerlangan dalam peperiksaan PMR 2009 yang baru seminggu diumumkan. Ada yang gembira dan ada yang berduka. Bagi yang berjaya, tahniah diucapkan dan bagi yang kurang berjaya jangan bersedih dan jangan putus asa, peluang sentiasa terbentang di hadapan anda cuma anda perlu istiqamah dalam melakukan sesuatu. Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan hidup kita dan insya-Allah Dia perluaskan segala rezeki kita mencakupi semua aspek kehidupan. Percayalah pada janji Allah. Muhasabah diri jaga peribadi!
Tuesday, December 29, 2009
Saturday, October 3, 2009
Definisi Pendidikan Khas
"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa."
(Culcutta,R.A.,Tompkins J.R.Fundamentals of Special Education,1999)
Sekolah Khas yang terdapat dalam Bahagian 1,Akta Pelajaran 1961 menyebut:
"Special School' means a school providing special education treatment for pupils under a disability"
Kanak-Kanak Luar Biasa
Kanak-kanak luar biasa dari sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau istimewa.
Kanak-kanak luar biasa berbeza dari kanak-kanak normal dari segi:
-ciri-ciri mental
-keupayaan mental
-ciri-ciri saraf/otot/fizikal
-tingkah laku sosial/emosi
-keupayaan komunikasi
-pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan khas,supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.
Bagi sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan,murid khas yang boleh dididik adalah layak untuk mengikuti program pendidikan khas kecuali mereka yang:
cacat anggota tapi ada kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa.
mempunyai pelbagai kecacatan atau kecacatan yang serius atau rencat akal yang berat.

Thursday, July 23, 2009
Pengurusan Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras Pendidikan Khas SMK Jabi

Inilah penyelaras kebanggaan kami, warga PKBP SMK Jabi. Merupakan seorang yang very understanding, melayakkan beliau terpilih menjadi penyelaras yang bagi kami beliau seorang yang berkaliber. Diberi nama Azizi bin Md Yasin, Cikgu Azizi panggilan di sekolah buat beliau adalah dilahirkan di kalangan anak-anak yang bernasib baik dan sentiasa mendapat pembelaan dari kerajaan, anak peneroka Felda Chalok Barat, Setiu Terengganu. Sudah beristeri dan mempunyai seorang anak yang chubby. Beliau mula bertugas di sekolah ini bermula dari pembukaan sekolah ini lagi, iaitu tahun 2006 hinggalah sekarang.Beliau adalah kamus bergerak buat kami, guru-guru baru
SELAMAT DATANG KE DUNIA ISTIMEWA
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Alhamdulillah pada bulan Syaaban 1430 H/ 2009 M yang mulia ini kami warga Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Jabi dengan rasa bersyukur ingin mengalu-alukan kedatangan semua blogger-blogger, guru-guru, para pelajar dan seluruh rakyat Malaysia untuk melayari laman blog kami yang tidak seberapa ini.
Insya-Allah anda akan dihidangkan dengan semua info yang anda ingin ketahui tentang kami, warga kelas istimewa (OKU) dan maklumat-maklumat tentang pendidikan khas/ pelajar istimewa dan warga pendidik kelas istimewa ini
Semoga anda kan berpuas hati dengan setiap hidangan yang kami tampilkan di sini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk meluangkan masa bersama kami di sini.

Subscribe to:
Posts (Atom)