Saturday, October 3, 2009

Definisi Pendidikan Khas

"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa."

(Culcutta,R.A.,Tompkins J.R.Fundamentals of Special Education,1999)

Sekolah Khas yang terdapat dalam Bahagian 1,Akta Pelajaran 1961 menyebut:
"Special School' means a school providing special education treatment for pupils under a disability"

Kanak-Kanak Luar Biasa
Kanak-kanak luar biasa dari sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau istimewa.

Kanak-kanak luar biasa berbeza dari kanak-kanak normal dari segi:
-ciri-ciri mental
-keupayaan mental
-ciri-ciri saraf/otot/fizikal
-tingkah laku sosial/emosi
-keupayaan komunikasi
-pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan khas,supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Bagi sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan,murid khas yang boleh dididik adalah layak untuk mengikuti program pendidikan khas kecuali mereka yang:
cacat anggota tapi ada kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa.
mempunyai pelbagai kecacatan atau kecacatan yang serius atau rencat akal yang berat.

No comments: