Sunday, January 3, 2010

Bantuan Kewangan

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM

  • Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahaan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini;
  • Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar keistimewaan / kekurangannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana keistimewaan / kekurangannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
  • Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
.

SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

  • Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.
  • Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.
  • Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN

Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut:

  1. Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
  2. Diploma - 3 tahun
  3. Sarjana Muda - 4 tahun
  4. Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
  5. Sarjana - 2 tahun
  6. Ph.D - 4 tahun

SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU

Syarat-syarat kelayakan elaun khas ini adalah seperti berikut:-

  • Hanya pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang diiktiraf sebagai layak menerima bantuan ini.
  • Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar keistimewaan / kekurangannya semasa melanjutkan pengajiannya, tidak layak menerima elaun ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elaun ini.
  • Kursus yang diikuti hendaklah kursus sepenuh masa sahaja yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima elaun ini.

BAYARAN ELAUN KHAS PELAJAR OKU

  • Kadar bayaran elaun khas pelajar OKU adalah sebanyak RM 300.00 sebulan. Walau bagaimanapun, bayaran akan dibuat sekali dalam satu semester berdasarkan kepada dokumen tuntutan lengkap yang diterima (Jumlah bayaran bergantung kepada bilangan bulan dalam semester).
  • Bayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.
  • Untuk tujuan pembayaran, akaun pelajar hendaklah menggunakan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau CIMB Bank sahaja.

PERMOHONAN / TUNTUTAN

Senarai tuntutan elaun pelajar OKU beserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula melalui Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Semua tuntutan hendaklah dibuat melalui dan disahkan terlebih dahulu oleh pusat pengajian pelajar-pelajar pemohon

Dokumen-dokumen hendaklah mengandungi perkara berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
  2. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  3. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
  4. Salinan buku akaun Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) atau CIMB Bank sahaja;
  5. Salinan surat tawaran pengajian;
  6. Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) KPTM (untuk tuntutan kali pertama);
  7. Borang tuntutan bayaran pelajar OKU (menggunakan format yang disediakan di laman web Kementerian Pengajian Tinggi);
  8. Status pengesahan terkini pelajar (slip pendaftaran setiap semester);
  9. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada).

* Nota:

  • Item (a) – (f) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja. Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar OKU memadai dengan item (g) – (i) sahaja.
  • Bagi pelajar ijazah lanjutan dalam mod penyelidikan, keputusan peperiksaan boleh digantikan dengan surat pengesahan pengajian dari universiti pada setiap semester.

Download : Borang tuntutan bayaran elaun khas pelajar OKU

Download : Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) KPTM

PERMOHONAN / PERTANYAAN

Pelajar-pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di setiap IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti yang mempunyai syarat-syarat di atas boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;

UNIT PINJAMAN DAN BANTUAN KEWANGAN
BAHAGIAN BIASISWA,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2,
62100, PUTRAJAYA

Telefon : 03-8884 4600 / 4606 / 4697
Fax : 03-8884 4701

Emel : unitpinjaman@mohe.gov.my

atau berhubung terus dengan pegawai yang terlibat;

NAMA NO TELEFON E-MAIL
EN. WAN AHMAD HILMAN BIN WAN ADAM
03-8884 4606 hilman@mohe.gov.my
CIK NOORHALYZA BINTI MOHAMMADDIN
03-8884 4697 halyza@mohe.gov.my
EN. MUHAMMAD B. MOHD YUSOF
03-8884 4626 mamatkpt@mohe.gov.my

No comments: