Sunday, January 3, 2010

Mengenali autisme

"AUTISME" berasal dari perkataan Yunani bermaksud 'autos' atau diri atau ketidakupayaan seseorang kanak-kanak
memahami perkara-perkaradi sekelilingnya selain dari dirinya sendiri.
Autisme mengganggu bahagian-bahagian di dalam otak yang menguasai kefahaman,emosi,komunikasi secara langsung
atau tidak langsung dan keupayaan untuk bergaul.Bilangan yang menghidapi autisme tulen adalah 4 hingga 5 dalam
10,000 orang manakala 10 hingga 15 dalam 10,000 orang yang mempunyai ciri-ciri tertentu autisme.Boleh dianggarkan
bilangan penduduk dengan autisme tulen adalah 10,000 dalam lebih kurang 20,000 orang yang lain mempunyai ciri-ciri
tertentu autisme di Malaysia.Bilangan lelaki melebihi bilangan perempuan dengan nisbah 4:1 dan selalunya seorang
sahaja kanak-kanak autisme di dalam sesebuah keluarga dan kerap berlaku pada anak yang sulung.Sehingga ke hari ini
masih belum jelas punca sebenar autisme.Andaian-andaian seperti berikut boleh membantu kita dalam usaha kita
mengurangkan risiko mendapat anak autisme.
- kekurangan oksigen ketika proses kelahiran
- proses kelahiran secara paksaan (vacuum extraction)
- gangguan neuro transmitter dalam sistem saraf
- Infeksi neurologikal
- kegangguan bahan kimia di dalam otak menyekat perkembanganSepasukan penyelidik dari Amerika Syarikat dan
Eropah baru-baru ini mendapati faktor genetik menjadi punca autisme.Institut Kebangsaan Kesihatan Amerika Syarikat
mengumumkan,penemuan ini mengesahkan bahawa terdapat kromosom-kromosom yang mempunyai hubungkait
dengan autisme.Dianggarkan setiap seorang daripada 500 penduduk dunia menghadapi masalah autisme terutama
lelaki.Autisme menyebabkan pengidapnya menghadapi kesukaran bertutur,melakukan tabiat yang sama berulang-ulang
dan mengalami masalah interaksi sosial.
Kajian yang membabitkan DNA 150 pasang adik beradik yang menghadapi masalah autisme mendapati sebahagian
daripada dua kromosom kedua dan ketujuh mengandungi gen yang dikaitkan dengan autisme.Secara umumnya
kromosom ketujuh dikaitkan sebagai punca terjadinya masalah pertuturan.
Ciri-ciri autisme dapat dikenali seperti berikut;1. Perhubungan yang tidak beremosi dengan orang lain:
- Berseorangan dan suka berjauhan.Kanak-kanak ini menganggap manusia adalah objek dan hanya akan berinteraksi
jika didekati dengan cara-cara tertentu dan dengan orang yang disukainya.
- Menolak kehadiran seseorang atau melihat menembusi seseorang itu terutama apabila kita bercakap dengannya.
- Amat susah hendak bermain dan sikap yang berbeza dengan kanak-kanak lain.2. Pemerhatian atau pemeriksaan diri
sendiri:
- Adakalanya kanak-kanak ini memeriksa bahagian-bahagian anggotanya seperti kaki dan tangannya seolah-olah
benda itu baru dan pelik.Proses ini berjalan sehingga ke peringkat remaja.3. Membuang masa pada sesuatu objek dan
tidak menghiraukan fungsi sebenar objek itu.
- Suka membawa pelbagai objek ke sana sini.Menunjukkan kemarahan yang amat sangat apabila objek yang dibawa
hilang.
- Sangat menyayangi sesuatu objek yang disukainya.
- Membuat garisan atau corak dengan berbagai objek tanpa menghiraukan fungsi sebenar objek itu.
- Permainan yang aneh seperti memusing objek,menggoyangkan tali,menggoncang objek di dalam tin,mengoyak kertas
dan sebagainya.4. Tidak suka kepada persekitaran yang berubah dan suka kepada kesamaan dari semua aspek.
- Sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin contohnya menukar pakaian,makanan atau mengubah jalan.
- Menolak penerimaan belajar perkara-perkara yang baru.
- Menunjuk kemarahan jika perabot-perabot dalam rumah di ubah-ubah.

No comments: