Friday, January 1, 2010

Perkhidmatan Oleh KPM

Perkhidmatan kanak-kanak kurang upaya


Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui:



  • Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

  • Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.


Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.


Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa.


Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali mereka yang mengikuti kurikulum alternatif.


Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus Seni Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.


Program Pendidikan Pemulihan Khas:



  • Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M (Instrumen Penentu penguasaan 3M). IPP3M terbahagi kepada IPP3M 1 (bagi kegunaan murid tahun 1) IPP3M 2 (bagi kegunaan murid tahun 2) dan IPP3M 3 (bagi kegunaan murid tahun 3).

  • Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara.


Syarat kemasukan murid ke program di Sekolah Pendidikan Khas ialah:



  • berumur tidak kurang dari 5 tahun (Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas)

  • berumur 6+ hingga 14+ tahun (Program Pendidikan Rendah di Sekolah Pendidikan Khas)

  • berumur 13+ hingga 19+ tahun (Program Pendidikan Menegah di Sekolah Pendidikan Khas)

  • disahkan oleh pengamal perubatan

  • boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.


Tempoh Belajar:



  • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.

  • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.

  • Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.


Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.


Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional:



  • Sekolah Khas: Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV). Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

  • Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pendengaran): Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru; Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah; Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor; Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak; Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan; Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah


Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas : Ditubuhkan pada Tahun 1999 bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada ibu bapa dan murid-murid berkeperluan khas setempat. Pusat ini bersifat saling lengkap-melengkapi kepada agensi-agensi yang berkecimpung dalam hal-hal yang berkaitan dengan keperluan khas. Antara perkhidmatan yang disediakan:- Khidmat audiologi, Kelas bahasa isyarat, Aktiviti terapi, Kaunseling ibu bapa, Perpustakaan permainan, dan Bahan rujukan.


Proses Pendaftaran Kanak-Kanak ke Program Pendidikan Khas


Langkah 1: Mula


Kanak-kanak disyaki mengalami masalah pembelajaran oleh guru atau ibu bapa.


Langkah 2: Mengenalpasti


Mengenalpasti kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah kurang upaya. Pengesahan murid berkeperluan khas oleh pengamal perubatan di hospital kerajaan, pusat kesihatan atau klinik swasta bagi tujuan penempatan, dan mendapatkan saringan awal daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.


Langkah 3: Pendaftaran


Daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan pendidikan bersesuaian.


*Juga daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan bersesuaian.


Langkah 5: Kelayakan


Kanak-kanak kurang upaya yang disahkan telah bersedia ke sekolah akan disaring di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk tujuan penempatan.


*Kanak-kanak yang disahkan belum bersedia ke sekolah, mempunyai kecacatan yang serius, ataupun tidak layak syarat-syarat kemasukan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia, akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).


Langkah 4: Penempatan


Murid akan diberi peluang penempatan sama adalah Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pendidikan Khas Integrasi. Penempatan akan dibuat berdasarkan alamat yang terdekat dengan sekolah atau Program Pendidikan Khas.


Langkah 5: Tempoh Percubaan


Murid yang ditempatkan dengan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia diberi tempoh percubaan selama 3 bulan.


Langkah 6: Kekekalan


Selepas tempoh percubaan, murid yang berjaya mengikuti Program Pendidikan Khas akan dikekalkan dalam program. Murid yang gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KPM akan dirujuk balik kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).





A KDISC FACTSHEET

The Kiwanis Disability Information and Support Centre

No. 21 Jalan SS3/82, Petaling Jaya, 47301, Selangor, Malaysia

Tel: 03-7877 0096, Fax: 03-7877 8096

Email: info@disabilitymalaysia.com

Website: www.disabilitymalaysia.com

A Community Service Project of the Kiwanis Club of Pantai (KL)

No comments: